My Add

Thursday 16 August 2012

Tee Yong dedah lagi isu Talam

Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA
KUALA LUMPUR, 15 Ogos, 2012: Cubaan kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor untuk menutup skandal penyelewengan hampir RM1 bilion dalam isu penyelesaian hutang Talam Corporation Bhd. (Talam), dengan menyalahkan kerajaan negeri terdahulu hanya menjerat diri.

Ia berikutan pendedahan terbaru dokumen perjanjian bertarikh 14 Julai 2009 mengenai penubuhan Jawatankuasa Talam hasil arahan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim oleh Ketua Biro Profesional Muda MCA, Datuk Chua Tee Yong (gambar).

Jelas Tee Yong, menerusi perjanjian tersebut, semua penyelesaian yang ditandatangani antara anak syarikat kerajaan negeri dengan Talam semasa pemerintahan Barisan Nasional (BN) ditamatkan berkuat kuasa serta-merta.

Malah, menerusi perjanjian tersebut juga menurut beliau, diskaun sebanyak RM36 juta diberi kepada Talam walaupun syarikat berkenaan tidak dapat memenuhi terma dan syarat asal yang ditandatangani pada 8 Mac 2007. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment