My Add

Monday 6 August 2012

Tempoh 25 minit waktu standard

Oleh SHARAIMEI SHAIK AHMEDULLAH
PUTRAJAYA, AHAD, 05 Ogos, 2012: Tempoh menunggu bagi pemeriksaan di kaunter Imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) adalah maksimum 25 minit untuk setiap penerbangan yang membawa pelancong antarabangsa.

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Alias Ahmad berkata, waktu menunggu itu merupakan tempoh standard serta relevan terutamanya di bahagian ketibaan dan ketika waktu puncak.

"Apabila sebuah pesawat yang membawa penumpang 200 hingga 300 penumpang atau waktu puncak, setiap kaunter Imigresen akan beroperasi semaksimum mungkin dan mampu menyelesaikan segala urusan dalam tempoh 25 minit.

"Untuk di KLIA biasanya waktu malam merupakan waktu biasa ketibaan ramai pelancong antarabangsa," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment