My Add

Monday 13 August 2012

Tiang konkrit 40 tan terjatuh atas jalan raya

*SEBUAH kren melakukan kerja mengalihkan sebuah tiang konkrit seberat 40 tan yang terjatuh dari lori di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR, AHAD, 12 Ogos, 2012: Sebatang tiang konkrit seberat 40 tan yang dibawa lori terjatuh di atas jalan secara mendadak di Jalan Tun Razak, berdekatan bulatan Kampung Pandan di sini awal pagi ini.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 3.30 pagi ketika lori berkenaan dalam perjalanan dari arah pusat bandar menghala ke selatan.

Menurut Ketua Polis Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Rusli Mohd Noor, tiang konkrit yang dibawa lori itu secara tiba-tiba terjatuh ke laluan bertentangan.

Berikutan kejadian itu, jalan tersebut terpaksa ditutup bagi memudahkan kerja-kerja mengalihkan tiang konkrit tersebut dan lalu lintas bergerak perlahan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment