My Add

Thursday 16 August 2012

Tidak perlu takut dengan peruntukan Seksyen 114A: Rais

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 16 Ogos, 2012: Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata, tidak ada sebab untuk rakyat takut dengan peruntukan Sekyen 114A Akta Keterangan 1950 kerana ia dilaksanakan berdasarkan anggapan fakta dan bukannya anggapan bersalah.

Beliau berkata, mana-mana pihak yang dituduh mengikut peruntukan Seksyen 114A mempunyai hak untuk menangkis dakwaan itu di mahkamah.

"Dan terserah kepada mahkamah akhirnya untuk memberikan justifikasi apa yang perlu dilakukan (putuskan)," katanya kepada pemberita selepas melancarkan iklan teksi bertujuan mempromosi Hari Kemerdekaan dan budi bahasa di sini, hari ini.

Beliau mengulas permintaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya Jemaah Menteri berbincang mengenai peruntukan seksyen itu yang menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan masyarakat termasuk pengamal media dan ahli politik.

Rais berkata, dalam perbincangan semalam, Kabinet memutuskan bahawa pewartaan undang-undang itu adalah wajar kerana sudah melalui proses penggubalan yang sepatutnya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment