My Add

Wednesday 15 August 2012

Tiga peniaga pasar didenda

Oleh ANGELINA SINYANG
KUALA LUMPUR, SELASA, 14 Ogos, 2012: Walaupun kerajaan sudah menetapkan harga ayam di bawah Skim Kawalan Aidilfitri bermula kelmarin sehingga 26 Ogos ini, masih ada peniaga tamak yang tidak mengendahkan arahan itu dengan menjual ayam melebihi harga yang ditetapkan.

Disebabkan kedegilan itu, tiga peniaga di pasar Subang Jaya dekat sini menerima padah apabila mereka menjadi pesalah pertama di negara ini yang dikenakan tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatuan 2011 sejak berkuat kuasa Skim Kawalan Aidilfitri kelmarin.

Tindakan penguatkuasaan itu dijalankan anggota dan pegawai Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Selangor hari ini.

Ketua Pegawai Penguat Kuasanya, Othman Nawang berkata, sikap tidak jujur tiga peniaga terbabit terbongkar semasa mereka menjual ayam kepada pegawainya yang menyamar sebagai pelanggan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment