My Add

Monday 13 August 2012

TNB sumbang 50,000 Jalur Gemilang

KUALA LUMPUR, ISNIN, 13 Ogos, 2012: Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan menyumbang sejumlah 50,000 Jalur Gemilang kepada Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-55.

Naib Presidennya, Adelina Iskandar berkata bendera itu akan diagih kepada orang ramai semasa perhimpunan sambutan kemerdekaan 31 Ogos dan Hari Malaysia pada 16 Sept ini.

"Inisiatif ini diharap dapat menyemarakkan lagi semangat patriotik di kalangan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment