My Add

Wednesday 15 August 2012

Tunggakan gaji pemain KL selesai sebelum Aidilfitri

KUALA LUMPUR, RABU, 15 Ogos, 2012: Masalah tunggakan gaji yang dihadapi pasukan Kuala Lumpur sejak Mei lepas akan diselesaikan berikutan jaminan daripada Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ahmad Phesal Talib.

Presiden Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA), Datuk Astaman Abdul Aziz berkata Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan membuat pembayaran kepada para pegawai dan jurulatih KLFA dalam masa terdekat sebelum sambutan Aidilfitri ini.

Beliau berkata Ahmad Phesal juga bersetuju menjadi penasihat KLFA, selain memberi jaminan berhubung bayaran gaji dua pemain importnya iaitu Zakaria Charara dari Lubnan dan Emmanuel Okine dari Ghana, yang kini bercuti di negara masing-masing.

Menurut Astaman, gaji pemain-pemain tempatan KLFA dibayar oleh DBKL pada minggu lepas. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment