My Add

Monday 20 August 2012

Umat Islam diseru pulih, kekal perpaduan

KUALA LUMPUR, AHAD, 19 Ogos, 2012: 19 Ogos, 2012: Umat Islam di negara ini diseru memulih dan mengekalkan perpaduan menerusi pengukuhan jaringan sosial dalam masyarakat bagi membentuk sebuah negara maju.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, umat Islam mesti menanam perasaan cinta dan bangga terhadap negara di hati mereka serta bersatu padu selain tidak melampaui batas dalam perkara yang telah dipersetujui.

"Lihat sahaja apa yang sedang berlaku di (beberapa) negara Islam yang berada dalam keadaan huru-hara dan kehancuran akibat rakyatnya yang berpecah-belah dan pemimpin mereka yang dipengaruhi pemikiran dan tindakan oleh musuh Islam," katanya ketika menyampaikan khutbah khas bertajuk "Perpaduan: Asas Keutuhan Idulfitri" pada solat sunat Aidilfitri di Masjid Negara hari ini.

Jamil Khir juga berkata, umat Islam tidak seharusnya menjadikan ideologi politik untuk memusnahkan perpaduan dan keharmonian yang terjalin sekian lama sehingga sanggup melemahkan kestabilan sosiopolitik negara.

"Mereka yang cintakan perpaduan dan keamanan, akan meletakkan kepentingan negara melebihi kepentingan ideologi politik, sedarlah bahawa Rasulullah SAW telah meninggalkan dana besar kepada kita untuk membina kekuatan dan perpaduan ummah, selagi kita berpegang kepada Al-Quran dan Sunnah, kita tidak akan sesat buat selama-lamanya, Insya-Allah," katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment