My Add

Sunday 5 August 2012

UMNO dan BN Sabah tetap kukuh - Shafie Apdal

SEMPORNA, AHAD, 05 Ogos, 2012: Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata UMNO dan Barisan Nasional (BN) di Sabah tetap kukuh dan akan terus melaksanakan langkah perlu bagi memastikan keadaan itu berterusan.

Beliau berkata dakwaan kononnya UMNO dan BN Sabah kini lemah hanya permainan politik pembangkang khususnya oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Itu (gembar-gembur) kita tidak bimbang sangat. Kita akan mengambil langkah tertentu untuk memastikan kita dapat mengukuhkan UMNO dan BN di Sabah. Parti komponen BN memainkan peranan yang penting bagi memastikan BN Sabah terus kukuh," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Anwar yang merancang ke negeri ini minggu depan dan akan membawa "kejutan".

Mengulas lanjut, Mohd Shafie berkata jika selepas gembar-gembur di Sarawak gagal membawa kemenangan kepada pembangkang pada pilihan raya negeri itu, perkara serupa juga akan berlaku di Sabah.

Mengenai kesan peletakan jawatan Datuk Seri Lajim Ukin kepada UMNO Sabah, beliau berkata pemangku Ketua UMNO Bahagian Beaufort, Isnin Aliasnih sedang menyusun jawatankuasanya bagi memperkukuh UMNO bahagian itu. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment