My Add

Tuesday 14 August 2012

Unisel, JNSB dipanggil semula

SHAH ALAM, ISNIN, 13 Ogos, 2012: Setiausaha Kerajaan (SUK) negeri, Datuk Mohammed Khusrin Munawi akan memanggil semula syarikat pengurusan asrama Jana Niaga Sdn. Bhd. (JNSB) agar hadir dalam sesi timbang tara bagi menyelesaikan kemelut tunggakan hutang RM15 juta yang belum dibayar Universiti Selangor (Unisel) kepada syarikat itu.

Ia berikutan sesi timbang tara yang sepatutnya membabitkan kedua-dua belah pihak hari ini tidak dapat berjalan seperti dirancang kerana JNSB tidak menghantar wakilnya.

Mohammed Khusrin berkata, prosiding berkenaan sepatutnya bermula pada pukul 2 petang ini setelah pihaknya memanggil Unisel dan JNSB hadir bagi mendengar pandangan kedua-dua belah pihak mengenai kemelut tersebut.

Sesi timbang tara yang sepatutnya diadakan hari ini hanya dihadiri pihak pengurusan Unisel manakala JNSB tidak menghantar wakil mereka, katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment