My Add

Monday 13 August 2012

Wan Azizah perlu tegas bersih imej PKR

KUALA LUMPUR, AHAD, 12 Ogos, 2012: Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail perlu bertegas dan bertindak segera bagi membersihkan imej kepimpinan parti itu yang terpalit dengan isu skandal seks termasuk membabitkan suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Selain isu video seks didakwa melibatkan Anwar sebagai penasihat parti, persepsi negatif orang ramai terhadap PKR juga semakin parah apabila Wan Azizah dilihat terus berdiam diri berhubung isu video seks yang dikaitkan dengan timbalannya, Azmin Ali baru-baru ini.

Bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin berkata, Wan Azizah selaku presiden parti tidak harus takut untuk melakukan siasatan dalaman menyeluruh berkenaan skandal seks yang didakwa terhadap Anwar dan Azmin.

"Sebagai parti politik yang mahu dilihat berwibawa dan bercita-cita memerintah Malaysia, Wan Azizah perlu terlebih dahulu membersihkan imej kepimpinan tertinggi PKR yang semua tahu terpalit dengan isu seks serta menjijikkan," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment