My Add

Monday 13 August 2012

Warga Pakistan didakwa bunuh ejen hartanah

PETALING JAYA, ISNIN, 13 Ogos, 2012: Seorang lelaki warga Pakistan didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan membunuh seorang ejen hartanah di Ara Damansara, bulan lepas.

Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada Ishtiaq Ahmad Khan, 25, ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nor Afidah Idris.

Ishtiaq, yang berbaju lokap warna ungu, mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan dalam bahasa Inggeris oleh jurubahasa mahkamah.

Dia didakwa dengan niat bersama beberapa orang yang masihbebas, membunuh Tang Yong Ching, 45, di F-2-2A Blok F Kedai Pejabat Taipan 1, Jalan PJU 1A-3N Ara Damansara, di sini, di antara pukul 4 petang hingga 11 malam, 5 Julai lepas.

Dia yang tidak diwakili peguam,didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersamaSeksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment