My Add

Sunday 23 September 2012

200 'mat rempit' diberkas
 *PENUNGGANG dan pembonceng menolak motosikal sambil diiringi kereta peronda polis bersama 105 anggota ke IPD Kuala Terengganu, semalam. - Mingguan/Azlan Bahrum
KUALA TERENGGANU, SABTU, 22 September, 2012: Hampir 200 penunggang dan pembonceng motosikal khususnya remaja terpaksa menolak kenderaan masing-masing sejauh enam kilometer selepas ditahan dalam operasi Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sekitar bandar raya ini, awal pagi ini.

Operasi besar-besaran dijalankan oleh Unit Khas Pasukan Trafik Ibu Pejabat Polis Bukit Aman dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) itu bermula pukul 9 malam bertujuan menangani gejala mat rempit dan lumba haram.

Dalam operasi itu, 183 motosikal 'dikepung' sebelum kesemua penunggang dan pemboncengnya berusia 15 hingga 23 tahun terpaksa 'menebalkan muka' menolak kenderaan sehingga ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment