My Add

Friday 21 September 2012

22 menang tanpa bertanding di UUM

KUBANG PASU, KHAMIS, 20 September, 2012: Kesemua 22 pelajar yang menang tanpa bertanding pada pilihan raya kampus Universiti Utara Malaysia (UUM) selepas proses penamaan calon selesai dijalankan di Pusat Kegiatan Pelajar universiti tersebut di sini hari ini dipercayai adalah kumpulan proaspirasi.

Pihak universiti ketika diajukan pertanyaan untuk mengesahkan kedudukan tersebut bagaimanapun enggan melabelkan calon-calon yang terbabit.

Sementara itu, debaran semakin terasa berikutan 21 calon disahkan layak untuk bertanding pada pilihan raya kampus pada 25 September ini.

Pengerusi Jawatankuasa Majlis Perwakilan Pelajar UUM, Prof. Madya Dr. Muhd. Amy Azhar Mohd. Harif berkata, pada peringkat awal, sebanyak 45 calon menawarkan diri untuk bertanding tetapi 22 orang telah diumumkan menang tanpa bertanding manakala dua pencalonan ditolak dan hanya 21 calon akan bersaing pada pilihan raya universiti kali ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment