My Add

Friday 21 September 2012

4 negeri diminta tingkatkan pencegahan demam denggi

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 21 September, 2012:: Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Pahang serta Terengganu diminta meningkatkan aktiviti pencegahan dan kawalan denggi di semua peringkat, kata Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan, Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman.

Beliau berkata, kementeriannya mengeluarkan nasihat kepada empat negeri itu berikutan peningkatan kes demam denggi yang direkodkan bagi tempoh 9 hingga 15 September lalu. 

Katanya, sepanjang minggu lepas kes demam denggi yang dikesan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya meningkat 10 kes atau 62 peratus, Pahang (enam/86 peratus), Terengganu (lima/45 peratus) dan Kelantan (lima/19 peratus).

Dr Hasan berkata, kseluruhannya kes demam denggi yang dilaporkan pada minggu lepas meningkat 16 kes, dengan 354 kes dicatatkan berbanding 338 kes minggu sebelumnya.

Katanya, jumlah terkumpul kes demam denggi bagi tempoh Januari hingga 15 September tahun ini ialah 15,606 kes berbanding 14,068 kes bagi tempoh yang sama pada 2011, katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kes kematian demam denggi pada tahun ini kekal 27 kes.

Sebanyak 42 lokaliti daripada 21 daerah mengalami wabak pada minggu lepas berbanding 17 daerah pada minggu sebelumnya. 

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat mengenai wabak dan pencegahan demam denggi serta kenyataan akhbar berkaitan menerusi aplikasi myHEALTH, yang boleh diakses menggunakan telefon pintar. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment