My Add

Thursday 20 September 2012

40,637 aduan pengguna 

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 20 september, 2012: 20 Sept. - Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC) telah menerima sebanyak 40,637 aduan daripada pengguna pada tahun lalu, meningkat sebanyak 18.2 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Pengerusinya, Datuk N. Marimuthu berkata, peningkatan tersebut menunjukkan pengguna di negara ini telah lebih sedar hak mereka dalam kepenggunaan.

"NCCC telah berjaya menyelesaikan sebanyak 80 peratus daripada jumlah aduan yang diterima.

"Lima aduan tertinggi bagi 2011 dari segi jumlah ialah produk pengguna (9,349), telekomunikasi (8,181), kenderaan (5,292), perkhidmatan kesejahteraan (2,470) dan bekalan elektrik dan tenaga (2,382)," katanya pada sidang akhbar selepas pelancaran Laporan Tahunan Aduan NCCC 2011 di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment