My Add

Tuesday 25 September 2012

5 kereta mewah dilarikan penjenayah di Kajang

KUALA LUMPUR, SELASA, 2 September, 2012: Sepuluh penjenayah bersenjatakan parang, kapak dan pisau melarikan lima kereta mewah dianggarkan bernilai RM500,000 dari sebuah pusat pameran jualan kereta di Bandar Sungai Long, Kajang, dekat sini awal hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang, Superintendan Azman Ayob, berkata kereta itu adalah tiga Honda Accord, sebuah Honda Civic dan sebuah Honda CRV.
"Mereka telah mengikat dua pengawal keselamatan dan dua orang daripada mereka menyamar menjadi pengawal keselamatan," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Beliau berkata mereka dipercayai memecah masuk tingkat bawah premis dua tingkat itu kira-kira 3 pagi sebelum mengambil kunci kereta di dalam pejabat.

Polis menerima panggilan daripada pengawal keselamatan yang berjaya melepaskan diri kira-kira 7 pagi, katanya.

Azman berkata polis sedang meneliti kejadian itu berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang terdapat di premis itu. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment