My Add

Monday 24 September 2012

7 lelaki Iran ditahan, dadah RM11j dirampas

KUALA LUMPUR, ISNIN, 24 September, 2012: Polis menumpaskan sindiket dadah antarabangsa dengan menahan tujuh lelaki warga Iran dan dua lelaki tempatan serta merampas dadah bernilai kira-kira RM11 juta dalam serbuan di beberapa rumah sewa di sekitar Lembah Klang dan Shah Alam, Selangor pada Jumaat lepas dan semalam.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata, warga asing terbabit didapati menjadikan rumah sewa mereka itu sebagai tempat memproses dadah.

Katanya, serbuan itu dilakukan selepas polis menahan seorang daripada anggota sindiket berkenaan yang sedang memandu kereta jenis Mercedes Benz kira-kira 7.45 malam di Mont Kiara dan merampas dua bungkusan plastik mengandungi syabu seberat 2.2 kilogram.

Susulan itu, polis menyerbu dua unit kondominium yang disewa sindiket itu di Jalan Ampang dan Petaling Jaya dan menahan tiga lagi anggota sindiket bersama-sama 550 gram serbuk dan 785 gram cecair syabu, katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.— BERNAMA

No comments:

Post a Comment