My Add

Saturday 22 September 2012

800,000 penduduk Malaysia alami masalah kurang upaya intelektual

SIBU, SABTU, 22 September, 2012: Seramai 800,000 penduduk daripada 28 juta populasi negara ini merupakan golongan kurang upaya intelektual, kata Presiden Special Olympics Malaysia(SOM) Datuk Muhammad Feisol Hassan.

Menurut statistik Pertubuhan Kesihatan Sedunia(WHO) sebanyak tiga peratus daripada populasi penduduk dunia mengalami masalah kurang upaya intelektual dan Sarawak mempunyai 75,000 golongan kurang upaya intelektual.

Beliau berucap di majlis perasmian Kelab Olimpik Khas di sekolah dan sambutan perayaan Hari Olimpik Khas Sibu di sini hari ini.

Muhammad Feisol berkata, golongan kurang upaya dikategori kepada kurang upaya fizikal iaitu mempunyai kecacatan atau kekurangan bahagian anggota badan.

Manakala golongan kurang upaya intelektual pula merupakan mereka yang mempunyai tahap IQ yang di bawah tahap IQ pemikiran orang biasa.

"Keistimewaan golongan kurang upaya intelektual ini ialah mereka jujur dan tidak berbohong kerana sifat mereka yang bercakap secara terus terang," katanya.

Namun, beliau berasa kesal dengan sikap segelintir ibu bapa yang menyembunyikan anak-anak mereka yang mengalami kurang upaya intelektual daripada masyarakat luar kerana malu berhadapan dengan masyarakat. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment