My Add

Tuesday 25 September 2012

Ahli perniagaan mengaku sewakan jet

Oleh KASTHURI JEEVENDRAN
KUALA LUMPUR, ISNIN, 24 SeptEMBER, 2012: Seorang ahli perniagaan, Datuk Mohd. Taufik Omar mengaku menyewakan sebuah jet eksekutif milik syarikatnya kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, namun enggan mengulas berhubung kos sewaan jet tersebut.

Beliau yang merupakan Pengerusi TJets Sdn. Bhd. juga menolak dakwaan memiliki jet tersebut.

Begitupun, beliau mengesahkan syarikatnya bertanggungjawab menguruskan jet yang digunakan oleh Anwar selama dua hari ke Labuan, Sabah.

"Kami hanya menguruskan jet ini untuk seseorang. Ia adalah sebuah jet peribadi, maka, saya rasa perkara berkaitan jet ini juga peribadi," katanya kepada The Starhari ini. -UTUSAN

No comments:

Post a Comment