My Add

Monday 24 September 2012

Air ditapis bersih, bebas wabak - Dr. Ahmad Razin

Oleh AZRAN FITRI RAHIM
TUMPAT, ISNIN, 24 September, 2012: Jabatan Kesihatan Kelantan mengesahkan bahawa air dibekalkan melalui beberapa buah penapis air yang dipasang di Tumpat dan Pasir Mas, bersih serta tidak dicemari wabak penyakit Escherichia Coli atau E-Coli.

Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr. Ahmad Razin Ahmad Mahir berkata, ia berdasarkan ujian klinikal yang dilakukan oleh pihaknya di semua penapis air itu baru-baru ini.

Beliau berkata, air terbabit lebih bersih daripada air perigi dan parit yang digunakan oleh penduduk di kawasan terbabit sebelum ini.

"Sampel yang diambil melibatkan sampel air mentah (air telaga) dan sampel air selepas proses penapisan, hasil analisa yang dijalankan mengesahkan tiada E.Coli dikesan di dalam sampel air selepas proses penapisan.

"Kalau ada orang hendak kritik air yang ditapis ini, dia boleh lihat air yang ditapis dan sebelum ditapis, malah sebelum ada sistem penapisan orang kampung terpaksa minum keruh kerana liputan air dari syarikat Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB) amat rendah, ada ketikanya tidak ada langsung.

"Jadi bila air tidak ada langsung orang kampung terpaksa guna air telaga, tali air yang keruh dan kotor. Jadi bila ditapis ia jauh lebih bersih," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment