My Add

Wednesday 26 September 2012

Anwar mahu isu jet ditutup

KUALA LUMPUR, SELASA, 25 September, 2012: Pengakuan Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa jet yang dinaikinya bersama beberapa pemimpin pembangkang pada 15 September lalu adalah milik 'rakannya' hanya satu helah bagi menutup isu tersebut.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata, jika Ketua Pembangkang itu bercakap benar, maka beliau patut menyatakan lebih lanjut siapakah rakan yang dimaksudkannya itu.

''Jika ia pinjaman daripada rakannya, adakah ia perlu dibayar, daripada mana Anwar dapat duit untuk bayar. Duit itu daripada tabung mana. Adakah daripada tabung penyangak mata wang terbesar, George Soros.

''Namun, memandangkan Anwar sentiasa menekankan aspek kepentingan 'hak asasi' maka jawapannya semalam itu seolah-olah memberi amaran bahawa beliau boleh buat apa sahaja. Dan jangan disoal lagi,'' katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran Akta Makanan Haiwan 2012 di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment