My Add

Wednesday 26 September 2012


Atasi jurang pendapatan

*ABDULLAH Ahmad Badawi ketika berucap pada perasmian Seminar Jurang Pendapatan Isi Rumah di Malaysia: Isu dan Cabaran anjuran IKIM di Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 25 Sept. - Kerajaan perlu mengambil pendekatan agresif bagi mengatasi masalah jurang pendapatan antara rakyat yang begitu ketara pada masa ini kerana ia boleh mewujudkan ketidakseimbangan dalam ekonomi domestik.

Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Tun Abdullah Ahmad Badawi berkata, walaupun kadar kemiskinan dan miskin tegar negara mencatat penurunan, namun jurang perbezaan pendapatan di kalangan rakyat masih tidak banyak berubah.

Kata beliau, berdasarkan perangkaan Unit Perancang Ekonomi (EPU), 20 peratus golongan pendapatan tinggi secara purata memperoleh pendapatan bulanan RM9,987 berbanding RM1,440 bagi kumpulan berpendapatan rendah. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment