My Add

Friday 21 September 2012

ATM lancar peluru berpandu, roket
 *ATM lancar tembakan peluru berpandu dari Kapal Diraja (KD) Lekiu di perairan Selat Melaka, semalam.

Oleh SOFIAN BAHAROM
KUALA LUMPUR, KHAMIS, 20 September, 2012: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berjaya melaksanakan tembakan peluru berpandu dan roket secara bersepadu di perairan Selat Melaka hari ini.

Tembakan yang dilancarkan dari platform sekitar pukul 10 pagi ini itu tepat mengenai sasaran permukaan pada jarak dan kelajuan yang diprogramkan.

Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dalam satu kenyataan menyebut, dalam tembakan itu, ia telah melancarkan peluru berpandu jenis Exocet MM40 dari Kapal Diraja (KD) Lekiu dan Sea Skua dari helikopter Super Lynx.

Sementara itu katanya, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) melancarkan peluru berpandu jenis Maverick dan Harpoon dari pesawat pejuang F/A-18D. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment