My Add

Saturday 22 September 2012

Awas komplot jatuhkan Mansor Othman dari PKR

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 21 September, 2012: Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman dinasihatkan supaya lebih berhati-hati kerana beberapa pemimpin kanan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di negeri berkenaan dipercayai berkomplot untuk menjatuhkan beliau.

Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kedah, Zamil Ibrahim berkata, kumpulan tersebut kurang senang dengan pencalonan Mansor untuk bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti pada Mei 2009.

Menurut beliau, Mansor juga kurang disenangi oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng selepas mengetahui Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti itu menggelarnya sebagai sombong, angkuh dan dianggap tokong oleh masyarakat Cina.

''Persoalan yang timbul ialah bagaimana Guan Eng memperolehi maklumat yang terkandung dalam minit mesyuarat strategik PKR pada Mac lalu?", katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment