My Add

Friday 21 September 2012

Bapa musykil kematian anak di Singapura

*N. Sivarajoo menunjukkan laporan polis dan gambar S. Sivanu yang ditemui mati dalam kolam air pancut di Singapura ketika ditemui di Pasir Gudang, Johor, semalam.

PASIR GUDANG 20 Sept. - Seorang bapa meluahkan rasa kecewa kerana sehingga hari ini dia belum dimaklumkan mengenai punca kematian anak lelakinya, S. Sivanu, 25, di dalam sebuah kolam air pancut di Singapura pada Ahad lalu.

N. Sivarajoo, 45, mendakwa, anaknya itu ditemui tertiarap dalam kolam berkenaan oleh orang awam yang melalui kawasan Raffles Quay kira-kira pukul 1.45 petang.

Menurutnya, mereka kemudian melaporkan penemuan itu kepada pihak berkuasa dan mayat anaknya yang bekerja sebagai tukang cuci ditemui berdekatan tempat kerjanya.

"Menurut penyelia tempat anak saya bekerja, mendiang baru habis bertugas pada pukul 1 petang dan dalam perjalanan pulang ke Malaysia. Tidak sampai sejam selepas dia keluar dari tempat bertugas, penyelia itu dimaklumkan mengenai penemuan mayat anak saya dalam kolam berkenaan," katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment