My Add

Friday 21 September 2012

Bapa terselamat tuduhan bunuh anak

Oleh IFQDAR A. RAHMAN
JOHOR BAHRU, KHAMIS, 20 September, 2012: Seorang bapa terlepas hukuman gantung sampai mati setelah Mahkamah Tinggi di sini hari ini melepas dan membebaskannya daripada tuduhan membunuh anak kandungnya, tahun lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman, Samsudin Hassan membuat keputusan tersebut selepas membenarkan permohonan pihak pendakwaan untuk menarik semula pertuduhan yang sebelum ini dikenakan terhadap Norafizan Ludin, 31.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Rahimah Abd. Majid memaklumkan mahkamah, pihaknya menarik balik pertuduhan ke atas tertuduh selepas menerima surat representasi daripada peguam bela, G.K. Sritharan dan V. Ramesh pada Ogos lalu.

Berdasarkan pertuduhan asal, Norafizan dan isteri, Dewi Nadia Alias, 28, kedua-duanya didakwa membunuh Nur Dania Qistina, 3, di sebuah rumah di Kampung Sungai Tiram, Ulu Tiram di sini antara pukul 6 dan 9 pagi, 9 Januari 2011. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment