My Add

Friday 14 September 2012

BN sedia bawa perubahan di Kelantan - Mustapa

Oleh AZRAN FITRI RAHIM
KOTA BHARU, JUMAAT, 14 September, 2012: Barisan Nasional (BN) bersiap sedia sepenuhnya membawa perubahan kepada negeri ini sekiranya diberi mandat oleh rakyat Kelantan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

Pengerusi BN Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, negeri ini perlu merasai transformasi yang telah dilakukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagaimana yang dikecapi oleh negeri-negeri lain.

Beliau berkata, sejarah juga telah membuktikan BN berjaya membawa perubahan kepada negara ini dan berada dalam landasan terbaik ke arah negara maju.

"Banyak orang Kelantan telah mendapat manfaat ini, sebagai contoh di seluruh negara terdapat lebih 400,000 guru di mana tidak kurang daripada 60,000 adalah anak-anak Kelantan dan 35,000 daripadanya bertugas di negeri ini.

"Ini adalah jasa BN dan usaha ini bukan sahaja untuk orang Melayu tetapi untuk semua kaum tidak kira Cina atau India, kita juga berjaya mewujudkan golongan menengah bumiputera yang ramai dan orang Cina terus kaya serta dibantu untuk mengembangkan perniagaan ke luar negara.

"Kita sedikit pun tidak menggangu hak kaum-kaum lain, orang Melayu, Cina dan India dapat meneruskan kehidupan mereka tanpa sebarang sekatan dalam keadaan aman damai," katanya di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment