My Add

Tuesday 25 September 2012

BNM perlu dedah penyaluran dana luar

KUALA LUMPUR, ISNIN, 24 September, 2012: Bank Negara Malaysia (BNM) perlu memantau dan mengambil tindakan secara serius terhadap setiap kemasukan dana asing kerana ia melibatkan keselamatan negara yang tidak boleh dikompromi.

Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim berkata, BNM perlu berhenti berlembut terhadap pihak yang menerima dana asing, apatah lagi golongan itu terlibat dengan gerakan antikerajaan.

Sehubungan itu, beliau mendesak BNM segera menjelaskan status sebenar kes-kes melibatkan penyaluran dana asing secara haram ke dalam negara ini iaitu pihak mana yang menyalur dan siapa menerima.

“Perbuatan ini (menerima dana asing untuk tujuan antikerajaan) bukan isu politik tetapi soal keselamatan negara yang tidak boleh berkompromi walaupun dengan apa cara sekalipun. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment