My Add

Wednesday 26 September 2012

Bukti sikap angkuh PKR Selangor

SHAH ALAM, SELASA, 25 September, 2012: Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor dilihat bersikap angkuh apabila tidak berganjak daripada keputusannya tidak membenarkan pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2.

Sehubungan itu, beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Selangor menyifatkan, kerajaan negeri berkenaan tidak mempedulikan kepentingan rakyat.

Pengerusi Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS), Datuk Sohaimi Shahadan berkata, kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin Selangor, Dr. Xavier Jayakumar berhubung perkara berkenaan amat dikesali serta tidak mencerminkan portfolio yang dipegangnya di dalam kerajaan negeri.

“Sikapnya langsung tidak mencerminkan portfolio yang dipegangnya iaitu ‘Kerajaan Prihatin’ kerana jelas ia lebih mengutamakan politik daripada kepentingan rakyat negeri Selangor," tegasnya dalam satu kenyataan, di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment