My Add

Sunday 23 September 2012

Cabang pembangkang burukkan kerajaan

KUALA LUMPUR, SABTU, 22 September, 2012: Suara Rakyat Malaysia (Suaram) disifatkan sebagai antara 'cabang' pembangkang atau lebih tepat Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP dalam usaha memburuk-burukkan kerajaan.

Bekas Pengasas Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ng Lum Yong (gambar) berkata, pertubuhan tidak berdaftar itu juga tidak pernah mengamalkan ketelusan dan kebebasan serta tidak pernah berjuang menegakkan hak asasi manusia seperti dilaung-laungkan.

"Suaram hanya berjuang untuk kepentingan pembangkang termasuk ke arah penubuhan sebuah negara republik dan pemikiran liberal.

"Mereka juga tidak hanya mahu memansuhkan hak-hak istimewa orang Melayu dan Islam, malah sebarang perkara yang ada kaitan dengan ajaran Islam dan budaya orang Melayu," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai kontroversi berkaitan Suaram yang dipertikaikan banyak pihak ketika ini kerana didakwa cenderung menyokong agenda pembangkang selain turut terlibat secara aktif dalam program anjuran pembangkang.

Menurut Lum Yong, hakikat Suaram berpaksikan kepada pembangkang dapat dilihat dengan jelas apabila hampir keseluruhan penggerak pertubuhan itu terdiri daripada pemimpin pembangkang dan aktivis propembangkang.

Mereka katanya, termasuk Ahli Parlimen Batu, Tian Chua; Ahli Parlimen Subang; R. Sivarasa dan Cynthia Gabriel yang dilantik kerajaan PKR Selangor sebagai Ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Menurut beliau, Suaram juga tidak mempunyai bukti kukuh dalam mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam isu pembelian kapal selam Scorpene serta penglibatan pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaariibu.

"Tetapi kita mempunyai bukti Suaram sebenarnya tidak bertindak sebagai sebuah pertubuhan bebas dalam isu ini sebaliknya menjadi tangan ghaib kepada pembangkang untuk memalukan negara dan menjatuhkan kerajaan," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment