My Add

Thursday 27 September 2012

Didakwa belum bayar RM96,000

KUCHING, RABU, 26 September, 2012: Identiti hartawan Sarawak yang dikatakan mengurus tempahan jet eksekutif untuk kegunaan Datuk Seri Anwar Ibrahim selama dua hari pada pertengahan bulan lalu menimbulkan pelbagai spekulasi di negeri ini.

Antara nama yang disebut ialah seorang tokoh perniagaan berjaya yang rapat dengan Ketua Pembangkang itu, Datuk Sng Chee Hua.

Chee Hua adalah ahli politik veteran yang pernah dilantik sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelagus dan Ahli Parlimen Julau selain dikaitkan sebagai individu di sebalik penubuhan Parti Pekerja Sarawak (SWP) baru-baru ini.

Bagaimanapun, anaknya yang merupakan Presiden SWP, Larry Sng Wei Shien sewaktu dihubungi Utusan Malaysia menyatakan rasa terkejut dengan isu jet eksekutif itu.

Sambil menjelaskan beliau tidak berhak bercakap bagi pihak bapanya, Wei Shien yang merupakan bekas Menteri Muda negeri berkata, sepanjang pengetahuannya, isu berkenaan langsung tiada kaitan dengan keluarganya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment