Dr. Rebecca |
Oleh AZMAN IBRAHIM dan
FAZRINA AYU RADUIAN
KUALA LUMPUR 24 Sept. - Malaysia telah melaksanakan 87 peratus daripada fasa pertama dan kedua pelan tindakan Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC) yang bertujuan menghadapi cabaran ekonomi serantau.
Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Dr. Rebecca Fatima Sta Maria berkata, kini ASEAN berada dalam fasa ketiga pelaksanaan pelan itu yang dijangka berakhir pada tahun depan.
Katanya, di peringkat ASEAN, hampir 86 peratus pelan tindakan pada kedua-dua fasa itu telah dilaksanakan.
Ini adalah satu pencapaian yang membanggakan dan kini ASEAN bersedia menjadi satu kuasa ekonomi yang utama dan disegani," katanya ketika berucap pada majlis Forum Perusahaan kecil dan Sederhana (PKS) 2012 anjuran Kumpulan CIMB di sini hari ini. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment