My Add

Wednesday 19 September 2012

Enam iklan ubat palsu disiasat di Pulau Pinang

GEORGETOWN, RABU,19 September, 2012: (Bernama) - Cawangan Penguatkuasa Farmasi Pulau Pinang sedang menyiasat enam kes iklan ubat yang memaparkan maklumat kurang tepat serta mengelirukan di negeri itu setakat Ogos lepas.

Ketua Penolong Pengarah Kanan (Kuatkuasa) Cawangan Penguatkuasa Farmasi negeri Nor Aniza Ahmad berkata sepanjang tahun lepas, sebanyak sembilan kes dilapor dan tujuh dibawa ke mahkamah.

“Kesalahan yang dilakukan melalui iklan itu adalah melibatkan perkhidmatan.

Perkhidmatan yang mengatakan boleh merawat penyakit yang tidak dibenarkan seperti penyakit jantung, kecacatan buah pinggang.

"Selain itu, iklan tersebut tidak mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan dan Lembaga Iklan Ubat. Kesalahan-kesalahan sebegini yang akan diambil tindakan," katanya kepada pemberita selepas sesi dialog antara Cawangan Penguatkuasa Farmasi Negeri dan media, di sini hari ini.

Turut hadir pada sesi dialog itu adalah Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Farmasi) Mohd Yunos Shaari.

Nor Aniza berkata setakat ini tindakan hanya dikenakan kepada tuan punya iklan. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment