KUALA LUMPUR, JUMAAT, 21 September, 2012: Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin hari ini menggesa kerajaan Amerika Syarikat (AS) dan Perancis mengambil tindakan segera ke atas penerbit filem serta pelukis karikatur yang menghina Nabi Muhammad SAW.
Beliau berkata, sekiranya tiada tindakan diambil mereka dianggap bersengkongkol dalam melakukan penghinaan secara langsung terhadap agama dan umat Islam.
"Jika anda menghormati kami, kami akan menghormati kamu," katanya ketika ditemui selepas perhimpunan aman membantah penerbitan filem 'Innoncent of Muslim' dan karikatur yang menghina Nabi Muhammad SAW di pekarangan Masjid Kampung Baru, di sini.
Hadir sama, Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali; Presiden JATI, Datuk Seri Hasan Ali danPengerusi Kelab Putra 1Malaysia, Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim.
Lebih 3,000 orang berhimpun di depan Masjid Kampung Baru bagi membantah penghinaan agama Islam menerusi tayangan filem 'Innoncent of Muslims' di Youtube dan karikatur menghina Nabi Muhammad SAW dalam sebuah majalah di Perancis - BH

No comments:
Post a Comment