My Add

Friday 14 September 2012

Filem hina Nabi berniat jahat - TPM

KOTA BHARU, JUMAAT, 14 September, 2012: Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengecam keras penerbitan filem menghina Nabi Muhammad S.A.W mahu ia diharamkan dan tidak dibenarkan diedarkan di negara ini.

Timbalan Perdana Menteri dengan tegas berkata, perbuatan menghina Rasulullah dalam apa juga keadaan tidak boleh diterima dan ia merupakan suatu kesalahan besar bagi umat Islam.

Beliau turut menyifatkan penerbitan filem tersebut yang membangkitkan kemarahan umat Islam di seluruh dunia, berniat jahat untuk mewujudkan pertembungan dan pergaduhan antara agama dan akhirnya membawa kesan buruk kepada masyarakat dunia.

"Jadi, bagi saya jelas (pihak berkuasa) tak payah tunggu keputusan (kerajaan), jangan benarkan masuk, jangan bagi diedarkan kerana sudah membangkitkan kemaharan umat Islam di seluruh dunia," katanya kepada pemberita di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment