My Add

Friday 14 September 2012

Gempa bumi kuat berlaku di selatan Sumatera

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 14 September, 2012; Gempa bumi kuat berukuran 6.0 pada skala Richter berlaku di selatan Sumatera, Indonesia, iaitu 633km Barat Daya dari Pontian, Johor tengah hari ini.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, tiada ancaman tsunami, bagaimanapun jabatan itu sedang memantau perkembangan tersebut dan akan memaklumkan maklumat terkini.

Gempa bumi yang berlaku pada pukul 12.15 tengah hari itu berpusat di 194km Barat Laut Bengkulu, Indonesia, menurut jabatan itu dalam kenyataan di sini hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment