My Add

Wednesday 26 September 2012

Graduan pertanian perlu turun ke ladang

PUTRAJAYA, SELASA, 25 September, 2012: Graduan bidang pertanian perlu bersedia mempraktikkan segala ilmu dan kemahiran yang diperoleh di institusi pengajian tinggi (IPT) apabila menempuh alam pekerjaan.

Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Dato' Hasan Malek berkata, para graduan perlu menghayati apa yang dipelajari agar ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan sepenuhnya.

"Kita tidak mahu mereka mendapat keputusan yang baik dalam akademik sahaja tetapi bila hendak dipraktikkan, mereka tidak mahu turun ke ladang.

"Pada masa sekarang golongan wanita mula berminat menceburi bidang pertanian yang selama ini dipelopori kaum lelaki dan perkara ini perlu diberi perhatian," katanya pada sidang akhbar selepas menyempurnakan perasmian Majlis Konvokesyen Kolej RISDA ke-11 di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment