My Add

Wednesday 26 September 2012

Guan Eng diselar guna nama P. Ramlee demi politik

PULAU PINANG, 25 September, 2012: Cadangan Ketua Menteri, Lim Guan Eng menukar nama Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, Bayan Lepas di sini, kepada Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang P. Ramlee disifatkan sebagai permainan politik semata-mata.

Ketua Biro Publisiti, Informasi dan Komunikasi Gerakan negeri, Dr. Thor Teong Gee berkata, ini kerana Guan Eng sendiri menyedari kerajaan negeri tidak mempunyai kuasa berbuat demikian sebaliknya ia tertakluk kepada kebenaran kerajaan Persekutuan.

Tambahnya, jika kerajaan negeri benar-benar ikhlas mahu mengenang jasa seniman agung itu, Guan Eng boleh berbuat demikian bagi tempat-tempat yang berada di bawah bidang kuasa kerajaan negeri antaranya Taman Botani.

"Jangan buat seolah-olah orang lain tidak mengenang jasa P. Ramlee. Guan Eng ada kuasa, jadi buatlah dulu di kawasan-kawasan di bawah pentadbiran beliau," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment