My Add

Thursday 27 September 2012

Hapus PTPTN 'gula-gula' pembangkang

KUALA LUMPUR, RABU, 26 September, 2012: Janji pembangkang untuk memberi pendidikan percuma di peringkat pengajian tinggi dan menghapuskan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dilihat sebagai 'gula-gula' politik yang tidak rasional.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, janji yang diterjemah dalam Belanjawan Pakatan Rakyat 2013 itu akan hanya menimbulkan masalah-masalah lain yang akhirnya membebankan kewangan negara.

Menurutnya, pembangkang perlu membuat pertimbangan sewajarnya kerana PTPTN bukan sekadar memberi pinjaman untuk pembiayaan yuran pengajian sebaliknya turut merangkumi sara hidup penuntut.

''Kalau dihapus PTPTN, maknanya institusi pengajian tinggi (IPT) tidak akan mengenakan yuran pengajian.

''Itu tak akan menyelesaikan isu kos hidup penuntut yang memerlukan kewangan untuk menyara kehidupan,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment