My Add

Tuesday 25 September 2012

Ibrahim Menudin nafi pemilik jet dinaiki Anwar

KOTA KINABALU, ISNIN, 24 September, 2012: Tokoh korporat, Tan Sri Ibrahim Menudin (gambar) menafikan desas-desus kononnya jet eksekutif yang dinaiki Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama pemimpin pembangkang ke Labuan pada 15 September lalu, adalah miliknya.

Menurutnya, penggunaan jet tersebut tiada kaitan dengannya meskipun pada hari itu Anwar membuat pengumuman rasmi mengenai kemasukan beliau ke dalam PKR.

"Saya tidak ada jet, orang cakap-cakap sahaja. Saya ingin menjelaskan, jet itu bukan milik saya," katanya yang pernah menjadi Bendahari UMNO Sabah kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.

Hari ini Utusan Malaysia melaporkan Anwar dan beberapa pemimpin pembangkang lain menaiki jet eksekutif dari Terminal SkyPark Subang untuk ke Labuan pada 15 September lalu. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment