My Add

Sunday 23 September 2012

Iran tahan, penjara anak perempuan bekas presiden Rafsanjani

TEHRAN, AHAD, 23 September, 2012: Anak perempuan bekas Presiden Hashemi Rafsanjani ditahan dan dijatuhi hukuman penjara enam bulan atas kesalahan mencetuskan propaganda terhadap rejim pemerintah Iran, demikian menurut pejabat pendakwa raya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan dalam media sosial hari ini.

“Faezeh Hashemi ditahan lewat petang Sabtu bagi menjalani hukumannya,” kata kenyataan yang dibacakan agensi berita IRNA.
Menurut agensi berita itu, Faezeh dibawa ke penjara Evin di sini.

Penahanannya adalah antara ribuan yang ditahan susulan pembabitannya dalam tunjuk perasaan selepas Presiden Mahmoud Ahmadinejad diberikan mandat kali kedua pada pilihanraya 2009. - AFP

No comments:

Post a Comment