My Add

Saturday 22 September 2012

JAIS pantau madrasah baru dikhuatiri sebar ajaran sesat Juruzon

SHAH ALAM, SABTU, 22 September, 2012: Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sedang mengesan lokasi baru madrasah yang dipercayai dibuka pengasas ajaran sesat Juruzon bagi menggantikan Madrasah At-Taqwa di Batu 14, Hulu Langat dekat sini, yang terlibat dalam kejadian tanah runtuh pada 21 Mei tahun lalu.

Pengarahnya, Datuk Marzuki Hussin berkata, pihaknya berbuat demikian kerana khuatir madrasah baru itu yang dipercayai bertempat di Selangor akan turut dijadikan pusat penyebaran Juruzon yang telah difatwakan sebagai ajaran sesat pada 23 Februari lalu.

“Setakat ini, JAIS masih mengumpul maklumat dan melakukan siasatan bagi mengesan lokasi baru madrasah tersebut.

“Selepas itu, kita akan melakukan pemantauan bagi memastikan ajaran sesat tersebut tidak lagi disebarkan di negeri ini," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment