My Add

Wednesday 26 September 2012

Jet bukti 'cakap tak serupa bikin'

BATU PAHAT, SELASA, 25 September, 2012: Tindakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menaiki jet eksekutif bersama pemimpin pembangkang lain disifatkan sebagai 'cakap tidak serupa bikin' kerana mereka telah bermewah-mewah meskipun belum menakluk Putrajaya.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, tindakan itu jelas bercanggah dengan prinsip perjuangan untuk rakyat yang sering dilaungkan pembangkang.

"Saya ada kawan yang ada jet peribadi. Dia 'parking' satu hari sahaja di lapangan terbang Taiwan tetapi perlu membayar RM50,000 dan ini tidak termasuk minyak dan sebagainya.

"Saya tidak tahu di Malaysia berapa bayarannya, tetapi kalau dipinjamkan, kita kena siasat kenapa orang itu sanggup pinjamkan. Apakah tidak ada unsur-unsur kroni? Mungkinkah dia dapat projek besar di Selangor atau Pulau Pinang?" katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment