My Add

Tuesday 25 September 2012

KDN nafi polis manipulasi kadar indeks jenayah

KUALA LUMPUR, SELASA, 25 September, 2012: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menolak tuduhan pihak tertentu kononnya Polis Diraja Malaysia (PDRM) memanipulasi kadar indeks jenayah dengan mengklasifikasikan jenayah indeks kepada jenayah bukan indeks.

Beliau berkata, ia kerana statistik dengan jelas menunjukkan jumlah kes yang diklasifikasikan di bawah jenayah indeks adalah lebih besar berbanding jenayah bukan indeks. 

Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada soalan Hee Loy Sian (DAP-Petaling Jaya Selatan) di Parlimen hari ini, yang hendak tahu adakah benar PDRM memanipulasi indeks jenayah dan juga jumlah kes yang diklasifikasikan di bawah jenayah indeks dan jenayah bukan indeks dari tahun 2007 hingga 2011.

Hishammuddin berkata, dari Januari hingga Ogos tahun ini, sebanyak 108,886 kes jenayah dilaporkan iaitu 101,313 merupakan jenayah indeks dan 7,573 jenayah bukan indeks.

"Tahun lalu jumlah besar kes jenayah ialah 229,997; 2010 (252,844), 2009 (271,831); 2008 (271,004) dan 2007 sebanyak 252,324," katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment