My Add

Thursday 20 September 2012

Kementerian Pertahanan mulakan siasatan pembelian RIV

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 20 September, 2012: Kementerian Pertahanan sudah memulakan siasatan terhadap isu pembelian Rapid Intervention Vehicle (RIV), kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata tindakan undang-undang akan dikenakan terhadap pihak yang melakukan penyelewengan terhadap urusan pembelian aset berkenaan.
"Saya telah kumpul maklumat daripada penyiasatan awal yang dilakukan dan jika didapati dakwaan Sultan Johor Sultan Ibrahim itu benar, maka tindakan perundangan akan dilakukan terhadap syarikat pembekal berkenaan.

"Kementerian tidak akan berkrompromi dengan sesiapa saja pun. Jika didapati benar-benar berlakunya penyelewengan di dalam pembelian RIV ini, kita akan ambil tindakan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas siasatan yang dijalankan mengenai perbezaan harga RIV yang didakwa Sultan Ibrahim lebih mahal daripada harga yang dianugerahkan olehnya.

Pada majlis ulang tahun Rejimen Gerak Khas ke-47 di Kem Iskandar, Mersing, Johor, minggu lalu, baginda bertitah harga RIV yang dianugerahkan oleh baginda (Sultan Johor) berharga RM150,000 berbanding RM690,000 yang dijual oleh pihak pembekal.

Ahmad Zahid berkata kementeriannya tidak akan berkompromi, sama ada dengan syarikat pembekal atau mana-mana pegawai yang masih bertugas atau sudah meninggalkan kementerian, sekiranya mereka didapati terlibat dalam sebarang penyelewengan dalam tawaran pembekalan RIV berkenaan. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment