My Add

Thursday 20 September 2012

Kerajaan berusaha perkasa pembangunan ilmu generasi baru FELDA

PUTRAJAYA, KHAMIS, 20 September, 2012:: Kerajaan sentiasa berusaha membangunkan generasi baru FELDA serta memperkasakan generasi itu dengan peluang menimba ilmu yang sebaik mungkin, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.


Beliau berkatA, selain itu mereka turut diberi peluang menimba pengalaman-pengalaman baru dan pengetahuan terkini sama ada di dalam mahupun di luar negara.

"Saya berbanggga bahawa apa yang diimpikan sejak 2005 di bawah strategi baru abad ke-21 dan 50 tahun akan datang, kita telah mengariskan salah satu terasnya...mesti berusaha membangunkan pewaris-pewaris kita iaitu generasi baru FELDA.

"Kalau generasi pertama meneroka tanah, generasi kedua dan ketiga menjadi peneroka minda dalam abad ke-21," katanya ketika berucap pada majlis jamuan tengah hari bersama pelajar generasi baharu FELDA di Seri Perdana di sini, hari ini.

Majlis anjuran Universiti Lim Kok Wing itu bagi meraikan 100 pelajar FELDA yang dipilih mengikuti Program Jelajah Pembelajaran Generasi Baru ke London, dari 24 September ini hingga 18 Januari tahun depan. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment