My Add

Friday 21 September 2012

Kes saman Khalid Samad didengar di mahkamah sivil

Oleh NORLIZAH ABAS
PUTRAJAYA, JUMAAT 21 September, 2012 Kes saman fitnah Timbalan Pesuruhjaya Pas Selangor, Khalid Abdul Samad berhubung gambar `superimpose’ beliau memakai jubah biskop yang disiarkan dalam satu blog, akan dibicarakan di mahkamah sivil, bukan Mahkamah Syariah.

Ia berikutan keputusan sebulat suara Mahkamah Rayuan hari ini yang menolak rayuan Ketua Penerangan Wanita UMNO, Datuk Hamidah Osman untuk membatalkan saman tersebut.

Saman berhubung dakwaan Ahli Parlimen Shah Alam itu bahawa Hamidah memfitnahnya dengan menyiarkan gambar `superimpose’ beliau memakai jubah biskop dalam blognya, pada Januari 2010.

Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Ramly Ali yang bersidang bersama Datuk Zaharah Ibrahim dan Anantham Kasinather turut memerintahkan Hamidah membayar kos RM5,000.

Mahkamah berpendapat, isu yang dibangkitkan dalam saman itu mengandungi persoalan undang-undang yang belum pernah diputuskan sebelum ini melibatkan saman fitnah terhadap orang Islam berhubung isu-isu keagamaan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment