My Add

Monday 24 September 2012

Ketua Pemuda UMNO Kepong parah ditikam
 ISTERI kepada Datuk Norizan 8ALI(gambar kecil), Datin Roslinda Kamaruddin hadir bersama anak perempuannya untuk melihat keadaan suaminya di Hospital Ampang. - Foto NSTP/Aizuddin Saad
AMPANG, ISNIN, 24 September, 2012: Ketua Pemuda UMNO Kepong, Datuk Norizan Ali, 41, kini dilaporkan kritikal akibat ditikam di perutnya di luar rumahnya di Taman Dagang, di sini, kira-kira 4 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Ampang, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin, berkata kejadian berlaku ketika mangsa baru balik daripada menonton perlawanan bola sepak bersama rakan di gerai mamak. 

"Kejadian dipercayai berlaku ketika mangsa meletakkan keretanya kira-kira 20 meter dari rumah dua tingkat di Jalan Dagang 2/4, Taman Dagang apabila dua lelaki dipercayai warga asing mendekatinya.

"Kami tidak pasti masa ada pergelutan berlaku ketika itu tapi suspek kemudian lari meinggalkan mangsa yang cedera," katanya.

Barangan milik Norizan juga tidak dilaporkan hilang. - BH

No comments:

Post a Comment