My Add

Thursday 20 September 2012

Koo Ham tidak wajar persoalkan: Azizan Razak

Oleh MOHD. SHARIZA ABDULLAH

    Azizan, Koo Ham
ALOR SETAR, RABU, 19 September, 2012: Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham tidak mencerminkan ciri-ciri seorang pemimpin apabila mempersoalkan tindakan umat Islam membantah filem Innocence of Muslims.

Pesuruhjaya Pas negeri, Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang kesal dengan persoalan yang dilontarkan itu berkata, sebagai seorang pemimpin, Ahli Parlimen Beruas berkenaan sepatutnya memahami sensitiviti umat Islam.

"Tidak wajar (persoalan) dikeluarkan kerana beliau berada dalam masyarakat Islam. Sebagai sebuah parti politik dan memimpin sebuah pakatan, beliau sepatutnya memahami tentang sensiviti umat Islam.

"Ini adalah masalah berhubung kait dengan akidah dan kepercayaan umat Islam," tegasnya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment